Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pihak pendakwaan mahu keputusan pulangkan pasport Musa Aman disemak

Pihak pendakwaan dalam kes rasuah Musa Aman mahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menyemak semula keputusan Mahkamah Sesyen minggu lalu yang membenarkan bekas ketua menteri Sabah itu memegang pasportnya semula.

Timbalan Pendakwa Raya Salim Shoib berkata Musa boleh mendapatkan rawatan dalam negara dan memberitahu Hakim Mohamed Zaini Mazlan bahawa beliau berpotensi melarikan diri.

"Keputusan hakim Mahkamah Sesyen memluangkan pasport Musa untuk beliau mendapatkan rawatan tidak berapa wajar," katanya.

Salim berkata bekas ketua menteri Sabah itu berdepan 35 dakwaan rasuah, yang merupakan kesalahan serius melibatkan kehilangan berjuta ringgit.

"Mahkamah Tinggi boleh menyemak semula keputusan Mahkamah Sesyen di bawah Seksyen 323 (1) Kos Prosedur Jenayah berhubung pemulangan pasport itu.

"Mahkamah perlu mempertimbangkan bahawa sekiranya sabit kesalahan, tertuduh boleh berdepan hukuman minimum 14 hari hingga 20 tahun penjara dan denda lima kali ganda suapan yang diterima," tambahnya.

Turut hadir bersama Salim adalah Timbalan Pendakwa Raya Raja Rozela Raja Toran.

Pada 7 Jan lalu, Hakim Mahkamah Sesyen Rozina Ayob membenarkan pasport antarabangsa Musa dipulangkan untuk membolehkan beliau mendapatkan rawatan di Singapura dan London sahaja.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS