AS dilapor cadang negara Palestin di Baitulmuqaddis Timur - TV Israel
Televisyen Israel berkata pada hari Rabu bahawa pelan perdamaian Presiden AS Donald Trump di Timur Tengah akan mencadangkan negara Palestin di 90 peratus Tebing Barat yang ditakluki, dengan ibukota di Baitulmuqaddis Timur - tetapi tidak termasuk tapak sucinya.
Rumah Puteh, yang menyimpan butiran mengenai pelan itu, dan berkata akan diumumkan beberapa bulan lagi, menafikan laporan TV Reshet 13 Israel itu sebagai sebagai spekulasi tidak tepat.
Pegawai Israel dan Palestin tidak segera bertindak balas terhadap laporan Reshet 13 itu.
Utusan damai Timur Tengah Trump, Jason Greenblatt, Jared Kushner, berkata dalam sebuah mesej di Twitter, laporan itu "tidak tepat." Namun, dia tidak menyatakan, apa dalam laporan itu yang tidak tepat.
"Spekulasi mengenai kandungan rancangan itu tidak membantu. Hanya segelintir orang di planet ini yang tahu mengenainya.... buat masa ini," tulis Greenblatt. "Penyebaran berita palsu, berita bias kepada media adalah tidak bertanggungjawab dan menjejaskan proses itu."
Danny Danon, Duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, meramalkan bahawa rancangan Trump tidak akan diumumkan sebelum pilihan raya Israel pada 9 April.
Tinjauan umum meramalkan kemenangan mudah penggal kelima untuk Perdana Menteri Benjamin Netanyahu.
"Dari apa yang kita faham, ia tidak akan dipaparkan sebelum pilihan raya," kata Danon. "Ini keputusan pintar kerana kita tidak mahu ia menjadi isu pilihan raya." [Baca berita penuh]
- Reuters

