Anggota politik kanan dan presiden Parti Bharatiya Janata (BJP) India, Amit Shah, disahkan dijangkiti selesema burung.

Beliau kini menjalani rawatan di Institut Sains Perubatan India di Delhi, menurut agensi berita Xinhua.

Mengesahkan penyakitnya, Shah pada Khamis menerusi Twitternya menulis: "Saya dijangkiti selesema burung dan sedang jalani rawatan, saya akan sembuh dengan rahmat Tuhan dan kasih sayang anda semua."

Selesema burung telah meragut lapan nyawa dalam tempoh empat bulan lalu di utara negeri Haryana terutamanya di daerah Hisar, Bhiwani dan Faridabad. Enam lagi kes menunjukkan simptom sama namun masih menunggu laporan perubatan.

Jumlah kematian akibat penyakit itu di Haryana bagi tempoh 2018-2019 ialah 14 orang.

Daerah Hisar paling teruk terjejas 71 kes dengan tujuh kematian manakala di daerah Bhiwani serta Faridabad masing-masing 37 dan 21 kes.

Daerah Gurgaon Haryana pula empat kes jangkitan telah disahkan sehingga 16 Januari.

-- Bernama