Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Beberapa bahagian Bersatu nyata sokongan kepada Osman
Diterbitkan:  Jan 17, 2019 4:52 PM
Dikemaskini: 9:26 AM

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian hari ini menjelaskan bahawa beberapa pihak ada menyatakan sokongan terhadapnya berhubung tindakan lawatan beliau ke kapal MV Pedoman di kawasan sempadan perairan Malaysia-Singapura, awal bulan ini.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian hari ini menjelaskan bahawa beberapa pihak ada menyatakan sokongan terhadapnya berhubung tindakan lawatan beliau ke kapal MV Pedoman di kawasan sempadan perairan Malaysia-Singapura, awal bulan ini.

“Sehingga hari ini, saya masih menerima video menerusi WhatsApp daripada beberapa bahagian Bersatu yang menyatakan sokongan, juga daripada ketua-ketua kampung.

“Mungkin dalam sehari dua lagi lebih banyak orang akan beri sokongan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pra pelancaran Festival Islam dan Halal Antarabangsa Johor Darul Ta’zim 2019, hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anggota Parlimen Pasir Gudang, yang juga Pengerusi PKR Johor, Hasan Karim yang kesal dengan pemimpin kerajaan dan pusat yang didakwa sebagai berdiam diri atas serangan terhadap Osman.

Lawatan Osman untuk melihat anggota dan pegawai Jabatan Laut yang bertugas di kapal MV Pedoman, kapal induk jabatan itu di kawasan sempadan perairan Malaysia-Singapura, baru-baru ini, tidak disenangi republik itu dan telah menyebabkan Mesyuarat Tahunan Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri Malaysia-Singapura untuk Iskandar Malaysia (JMCIM) Ke-14, ditangguhkan.

Sementara itu, mengenai laporan terdapat pelancong Singapura membatalkan hasrat berbelanja di Johor kerana ketegangan hubungan antara Malaysia-Singapura melibatkan beberapa isu bilateral, baru-baru ini, Osman berkata Johor mempunyai kekuatan sendiri dalam menarik kehadiran pelancong.

“Jika mengikut Exco Pelancongan (Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita dan Pelancongan negeri, Liow Cai Tung), tiada apa-apa dari segi penurunan dalam soal kemasukan pelancong.

“Dalam soal ini, tidak nampak kerugian sebab kita ada kekuatan sendiri,” katanya.

-- Bernama

Lihat Komen
ADS