Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Saya ke Cameron bukan nak gigit orang - Najib sindir Tian
Diterbitkan:  Jan 18, 2019 6:33 PM
Dikemaskini: 10:33 AM

PRK CAMERON | Bekas Perdana Menteri Najib Razak terus menyindir pemimpin-pemimpin PH, pada Pilihan Raya Kecil Cameron Highlands, kali ini Naib Presiden PKR Tian Chua dijadikan sasaran.

Dalam tulisan terbaru Najib di blognya, anggota parlimen Pekan berkata beliau ke Cameron Highlands hanya untuk makan angin sahaja.

"Pemimpin PH, Tian Chua kata saya ke Cameron Highlands hanya untuk ambil kesempatan meraih 'cheap publicity' (publisiti murahan). Cameron Highlands tempat sejuk, kenapa pula Tian Chua naik panas? Saya ke Cameron hanya untuk berjalan-jalan, makan angin dan membeli strawberi sahaja," katanya.

"Dan oh, sempatlah melawat kawan-kawan lama dan lihat pembangunan untuk Orang Asli yang dibuat semasa saya PM dulu. Biarlah saya," tambahnya lagi.

Terdahulu, semalam Tian Chua mengkritik Najib sebagai mengambil kesempatan menggunakan PRK Cameron menjadikan pentas baginya untuk meraih publisiti.

Tian Chua turut berkata penampilan Najib pada PRK Cameron sesuatu yang agak luar biasa.

"Sebenarnya, Najib bukan satu contoh yang terbaik kerana masalah-masalah yang masih diwaris oleh masyarakat di Cameron Highlands ini, dan Najib tidak buat apa-apa sepanjang masa dia jadi perdana menteri.

Halang tugas

"Sekarang dia mengambil kesempatan menggunakan ini (PRK) menjadikan pentas dia untuk mendapatkan 'cheap publicity' (publisiti murahan)," kata Tian Chua kepada Malaysiakini.

Dalam balasan, Najib menyindir Tian dengan berkata beliau ke Cameron bukan untuk mengigit orang.

Dipercayai merujuk kepada kes bekas anggota parlimen Batu itu yang pernah dihadapkan ke mahkamah kerana menghalang tugas polis dengan menggigit seorang anggotanya di luar bangunan parlimen pada tahun 2007.

"Saya tak ke sana untuk mahu gigit sesiapa pun," sindir Najib kepada Tian.

Untuk rekod, mahkamah majistret Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman enam bulan penjara dan denda RM3,000 ke atas Tian Chua, selepas mendapatinya bersalah.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman tersebut untuk membolehkan Tian Chua membuat rayuan.

Rayuan Tian Chua di mahkamah tinggi Kuala Lumpur ditolak tetapi mengurangkan denda kepada RM2,000 atau penjara dua bulan.

Berikut keputusan mahkamah tinggi itu, Tian kekal sebagai ahli parlimen Batu kerana hukuman yang dijatuhkan itu tidak mempengaruhi kedudukannya sebagai ahli parlimen.

Lihat Komen
ADS