Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
KJ harap PH tak abai pembangunan di Cameron jika kalah

PRK CAMERON | Anggota Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berharap Pakatan Harapan (PH) selaku kerajaan persekutuan tidak akan mengabaikan pembangunan di Cameron Highlands jika kalah dalam PRK itu.

Beliau berkata ia selaras dengan slogan 'Malaysia baru' yang dibawa gabungan itu.

"Saya difahamkan kerajaan baru tidak akan menghukum mana-mana kawasan yang tidak beri sokongan kepada mereka.

"Jika pengundi di Cameron Highlands terus memilih BN, maka PH perlu tunjuk ini 'Malaysia baru' dan pembangunan akan terus disalurkan mengikut keperluan masyarakat di sini," katanya ketika berkunjung di Kampung Sungai Ruil.

Semalam, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata kemenangan PH di PRK itu penting bagi memastikan pembangunan dapat dilaksanakan di Cameron Highlands.

Pada 17 Januari lalu, beliau juga menyatakan pesanan yang hampir senada - meminta pengundi memilih PH kerana kerajaan negeri bawah BN sukar untuk membantu penduduk Cameron Highlands ekoran menanggung hutang RM3.1 bilion dengan kerajaan persekutuan.

Khairy bagaimanapun menyuarakan keyakinannya bahawa pembangunan di kawasan parlimen itu tidak akan terhenti jika kemenangan berpihak kepada BN kerana gabungan itu turut mentadbir negeri.

"...Kerajaan negeri masih BN. Jadi tidak timbul soal pembangunan tidak dapat diusahakan sebab soal tanah dan pembangunan peringkat daerah dapat disempurnakan oleh kerajaan negeri (kerana di bawah bidang kuasanya)," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS