Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Baik lantik Kit Siang jadi menteri hal ehwal Najib'
Diterbitkan:  Jan 21, 2019 6:47 PM
Dikemaskini: 10:47 AM

Bekas perdana menteri Najib Razak sekali lagi mengulangi dakwaan bahawa pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang obses terhadapnya.

Kali ini, Najib mencadangkan 'jawatan' baru untuk Lim.

"Nampaknya, uncle ini (Lim) masih tidak dapat mengawal obsesi dia terhadap saya

"Saya rasa lebih baik jika Lim terus minta untuk dilantik sebagai 'menteri hal ehwal Najib," katanya.

Najib merujuk kenyataan kenyataan terbaru Lim sebelum ini yang menyeru anak muda Felda supaya mencontohi Chef Wan.

Chef Wan ketika berkempen untuk Pakatan Harapan (PH) di Sugai Koyan 1 di Jelai, Cameron Highlands meluahkan perasaannya untuk menampar Najib berhubung kemelut yang dihadapi Felda.

Cef selebriti itu bagaimanapun hari ini mengaku "terlepas cakap" dan memohon maaf kepada Najib.

Setakat petang ini, kenyataan Najib itu mendapat lebih 3,000 komen dan dikongsi lebih 700 kali oleh pengikutnya sehingga petang tadi.

 

Lihat Komen
ADS