Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Ketua unit agensi k’jaan direman untuk siasatan tuntutan palsu
Diterbitkan:  Jan 23, 2019 12:42 PM
Dikemaskini: 4:42 AM

Seorang ketua unit sebuah agensi kerajaan di Pulau Pinang direman selama enam hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuntutan palsu berjumlah lebih RM9,000.

Lelaki berumur 39 tahun itu yang mengetuai unit pentadbiran dan kewangan agensi berkenaan ditahan selepas memberi keterangannya di pejabat SPRM Seberang Perai kira-kira pukul 2 petang semalam sebelum dibawa ke Mahkamah Majistret di Georgetown hari ini.

Majistret Muhammad Azam Md Eusoff membenarkan permohonan itu yang dikemukakan oleh Pegawai Penyiasat Ravinderjit Singh yang memaklumkan mahkamah itu bahawa suspek sedang disiasat di bawah Seksyen 18, Akta SPRM 2009.

Ravinderjit berkata suspek disyaki telah mengemukakan tiga tuntutan bagi kerja-kerja pencetakan dan pembekalan peralatan pejabat bernilai lebih RM9,000 walaupun kerja-kerja itu tidak dilaksanakan.

Katanya perintah reman itu dipohon memandangkan SPRM memerlukan masa untuk menyelesaikan siasatan mereka.

- Bernama

Lihat Komen
ADS