Khalil: BN dan PAS setuju pemilihan Ramli
PRK CAMERON | Ketua Pemuda PAS Muhammad Khalid Abdul Hadi berkata kedua-dua partinya dan BN setuju dengan pemilihan Ramli Mohd Nor sebagai calon di PRK Cameron Highlands.
"Calon BN untuk Cameron Highlands dipersetujui BN dan juga PAS.
"Kita bergerak bersama untuk kejayaan calon BN, dan kita mahu penduduk di Cameron Highlands keluar mengundi calon BN," katanya dalam ceramah di Tanah Rata yang dihadiri kira-kira 150 orang, malam ini.
Khalil berkata lagi, pengundi beragama Islam patut memilih Ramli yang juga beragama Islam, selain merupakan penduduk tempatan dan memiliki integriti.
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki pula menegaskan DAP sebenarnya yang bersikap rasis - bukan partinya - kerana menurutnya mahu menjadikan Malaysia sebagai negara sekular.
Katanya lagi, konsep Ketuanan Melayu tidak merujuk kepada Melayu sebagai tuan, tetapi sebagai penjaga.
Kita bukan bercakap tentang ketuanan dalam konteks tuan dan hamba, tetapi sebagai penjaga." katanya.
PRK Cameron Highlands yang akan berlangsung Sabtu ini menyaksikan pertembungan empat penjuru antara Ramli, calon PH M Manogaran, dan dua calon Bebas iaitu Wong Seng Yee dan Sallehuddin Ab Talib.
MAYBE, it sounds like someone is making a threat - if you want Temiar to live in peace, give me RM 700 millions? SIMILARLY, a robber would also put a gun to one of the family members and said, "if you want him to live, tell me where the money is."
Amar If PAS gets the petroleum royalty, MAYBE!! PAS will stop logging. This maybe. If it is the Temai's inherited land, then it belongs to them. PAS should not bully them just because you are the STATE GOVT. you should in fact respect them and their lively hood instead of logging their land. PAS talk about ISLAM but all the talk and preaching is against ISLAM. They don't practise compassionate love. They practise Racialism. They practise Sinfull things like stealing lands ftom the orang asli.
He didn't just say that out in the open. With a case being pursued, he didn't just say that out loud.
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.