Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
5,000 ahli Umno Kinabatangan, Sandakan sertai Warisan
Diterbitkan:  Jan 27, 2019 4:21 PM
Dikemaskini: 8:21 AM

Kira-kira 5,000 anggota Umno daripada Sandakan dan Kinabatangan menyertai Parti Warisan Sabah (Warisan) hari ini.

Menurut Setiausaha Agung Warisan Loretto Padua Jr, anggota berkenaan daripada 10 cawangan Umno di Sandakan dan 66 cawangan di Kinabatangan.

Bekas ketua wanita Umno Bahagian Sandakan, Noraini Sulong mengetuai 1,000 anggota parti itu menyertai Warisan.

“Warisan menyambut baik kemasukan anggota-anggota baru. Kita menjangka ada lagi yang akan menganggotai Warisan.

“Saya memohon agar semua pihak (anggota Warisan) sama ada lama atau baru terus bekerjasama untuk kerajaan Sabah dan bantu perkukuhkan parti Warisan,” kata Loretto ketika ditemui pemberita selepas majlis penerimaan anggota baru itu di Sandakan.

Noraini berkata keputusannya bersama bekas anggota Umno lain adalah atas keinginan masing-masing bermatlamatkan untuk menyumbang ke arah kemajuan Sabah.

- Bernama

Lihat Komen
ADS