Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
‘Tribunal siasat dakwaan salah laku enam ahli SPR hanya akademik’
Diterbitkan:  Jan 28, 2019 4:18 PM
Dikemaskini: 8:25 AM

Tribunal khas untuk menyingkirkan enam bekas anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjadi keliru selepas seorang peguam yang dilantik oleh Jabatan Peguam Negara berkata tindakan itu adalah perkara akademik memandangkan semua mereka telah meletak jawatan.

Pada hari pertama pendengaran itu, peguam M Puravelan yang mewakili Badan Peguam Malaysia memberitahu panel lima anggota berkenaan bahawa tujuan ditubuhkan tribunal itu telah diambilalih oleh perletakan jawatan enam anggota SPR itu yang berkuat kuasa pada 1 Januari lalu.

“Dari segi perkembangan, sebagai pegawai di mahkamah ini, kita bertanggungjawab untuk memberitahu bahawa, itulah kedudukan perundangan Undang-undang Malaysia dan Undang-undang Am,” katanya pada permulaan tribunal itu, yang bersidang hari ini.

Dua lagi pembantu tribunal berkenaan ialah Lim Wei Jiet juga dari Badan Peguam dan Kogilambigai Muthusamy dari Jabatan Peguam Negara (AGC).

Anggota tribunal itu adalah hakim-hakim Mahkamah Persekutuan iaitu Steve Shim Lip Kiong, yang mempengerusikan tribunal berkenaan, Zaleha Zahari,  Suriyadi Halim Omar, Jeffrey Tan Kok Wha dan Dr Prasad Sandosham Abraham.

Mereka dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong mengikut Perkara 114(3), 125(3) dan 125(4) Perlembagaan Persekutuan.

Enam bekas anggota SPR itu pula adalah Othman Mahmood, Mohd Yusop Mansor, Abdul Aziz Khalidin, Sulaiman Narawi, K Bala Singam dan Leo Chong Cheong.

Tribunal itu ditubuhkan untuk menyiasat dakwaan salah laku yang dilakukan oleh mereka menjelang dan semasa Pilihan Raya Umum ke-14.

Peguam Negara Tommy Thomas dalam satu kenyataan pada 24 Jan berkata tribunal itu akan dianggotai oleh lima orang hakim Mahkamah Persekutuan yang telah bersara.

Pada 17 Oktober tahun lalu, terdapat laporan bahawa kerajaan telah memulakan proses untuk menubuhkan tribunal berkenaan, namun pada hari berikutnya, mereka mengumumkan peletakan jawatan mereka dengan yang teralhir berbuat demikian pada 27 November.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS