Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Suaram: Bebaskan 142 kanak-kanak ditahan di bawah Poca

Organisasi Hak Asasi Manusia, Suaram menggesa kerajaan untuk membebaskan semua kanak-kanak dan juvana yang ditahan tanpa perbicaraan di bawah Akta Pencegahan Jenayah (Poca) 1959.

Merujuk perangkaan yang diperolehi daripada jawapan parlimen, Pengarah Eksekutif Suaram D Sevan berkata sehingga 2018, sesetengah daripada 142 tahanan Poca itu adalah di bawah usia 18 tahun.

"Apabila kerajaan (sebelum ini) memperkenalkan Poca dan Sosma [Akta Kesalahan Keselamatan ( Langkah-langkah Khas)], mereka berjanji untuk menggunakannya hanya ke atas penjahat tegar. Berapa tegar remaja berusia 16 dan 17 tahun ini?

"Jika mereka disyaki membunuh, tangkap mereka dan heret mereka ke mahkamah, jangan gunakan Poca.

"[...] Poca tidak boleh digunakan ke atas kanak-kanak. Jika kerajaan baru cukup komited, bebaskan semua mereka dan berikan pampasan sewajarnya," katanya pada sidang akhbar bersama Suhakam di ibu pejabatnya di Kuala Lumpur pagi ini.

Menurut Suaram dan Suhakam, antara sebab-sebab beberapa penahanan Poca adalah kesalahan mencuri dan berada di dalam kenderaan dengan barangan yang dicuri.

Sevan menegaskan bahawa Kanun Keseksaan mempunyai peruntukan mencukupi untuk jenayah seumpama itu dan mempersalahkan polis kerana menyalahgunakan kuasa mereka terhadap kanak-kanak.

"Kerajaan harus segera menyiasat pegawai penyiasat (IO) yang hanya menggunakan Poca.

"[...] Kenapa polis begitu malas untuk siasat dan hanya mahu tangkap (serta menahan) kanak-kanak itu?" soalnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS