Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Najib: Saya sudah turun, tapi ringgit turun lebih dahsyat
Diterbitkan:  Jan 31, 2019 8:34 PM
Dikemaskini: 12:44 PM

Najib Razak membangkitkan semula dakwaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini bahawa jika beliau tidak lagi menjadi perdana menteri, nilai ringgit akan meningkat.

"Saya sudah turun dan (Lim) Guan Eng sudah naik. Tetapi ringgit turun dengan lebih dashyat lagi. Apa lasan Guan Eng?" katanya di Facebook hari ini.

selepas PH menggantikan BN sebagai kerajaan persekutuan, Lim mengambil alih kedudukan Najib sebagai menteri kewangan dan sering mengkritiknya.

Najib berkata ketika harga minyak global jatuh sebanyak 80 peratus tiga tahun lalu, PH yang ketika itu menjadi pembangkang memainkan propaganda peniaga di Thailand enggan menerima ringgit.

Bagaimanapun katanya, nilai ringgit semakin pulih berbanding matawang Thailand, Baht, menjelang PRU ke-14 tetapi merosot selepas itu.

Merujuk lampiran perbandingan dua mata wang yang dikongsi bersama hantaran itu, Najib berkata ringgit semalam pertama kali mencatat nilai serendah RM13.15 untuk 100 Baht.

"Ini pada masa harga minyak dunia sudah memulih dan 2 1/2 kali ganda (harganya) berbanding tiga tahun lalu," katanya lagi.

 

Lihat Komen
ADS