Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Peguam Najib pertikai sikap saksama pendakwa raya kes 1MDB

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini bahawa badan kehakiman itu tidak sepenuhnya memiliki kawalan terhadap prosiding jenayah terhadap bekas perdana menteri Najib Razak kerana ia hanya bergantung kepada keterangan yang diserahkan pihak pendakwaan.

Peguam Shafee Abdullah yang mengetuai pasukan pembelaan Najib berkata demikian di hadapan hakim Collin Lawrence Sequerah ketika memohon mahkamah supaya Gopal Sri Ram digugurkan daripada pasukan pendakwaan.

Berhujah mengenai penglibatan Sri Ram yang juga bekas hakim, prosiding ini akan menganggu proses keadilan, Shafee berkata pihak pendakwaan memiliki kawalan terhadap keterangan yang diserahkan kepada mahkamah.

"Yang Arif (Hakim Azizah Nawawi) bertanya tadi: 'kenapa saya tidak mengawal prosiding?'

"Maaf jika saya katakan Yang Arif hanya boleh mengawal apa yang diserahkan kepada anda. 

"Jika pendakwaan memutuskan untuk menyerahkan keterangan sebanyak 'x', maka itu sajalah yang dikawal Yang Arif," katanya kepada mahkamah.

Sri Ram tak boleh bersikap adil

Shafee menyoal sekiranya pendakwaan memiliki keterangan yang berpihak kepada pasukan pembelaan tetapi tidak diserahkan kepada mahkamah kerana menguntungkan pembelaan.

"Mereka tidak memberitahu kamu (hakim), mereka tidak memberitahu mahkamah.

"Bagaimana Yang Arif mahu mengawal keadaan?" Soalnya kepada mahkamah.

Terdahulu, peguam Harvinderjit Singh yang ikut bersama pasukan Shafee membela Najib berhujah Sri Ram tidak boleh dibenarkan melakukan pendakwaan terhadap bekas perdana menteri itu kerana Sri Ram terlibat dalam penyiasatan 1MDB.

Harvinderjit juga memberitahu mahkamah Sri Ram tidak boleh bersikap adil sebagai ketua pendakwaraya.

Syarat ikat jamin ketat kes kolar putih

Peguam itu juga berhujah kesaksamaan bekas hakim yang menjadi pendakwaraya itu dipersoalkan. Harvinderjit menyebut contoh Sri Ram memohon mahkamah mengenakan syarat-syarat ikat jamin yang ketat terhadap Najib.

"Saya tidak pernah dengar kes kolar putih dikenakan syarat-syarat sedemikian atau pernah terdapat cubaan memohon dikenakan syarat ketat itu.

"Kenapa beliau (Sri Ram) berbuat demikian? Jawapan saya mudah kerana ia bersifat politik. Sekali lagi, adakah orang ini (Sri Ram) akan dapat menjadi saksama (objektif)?" Soalnya kepada mahkamah.

Najib dan Muhammad Shafee telah memfailkan permohonan semakan kehakiman secara berasingan pada Disember 2018 dengan menamakan Peguam Negara/ Pendakwa Raya sebagai responden pertama manakala Kerajaan Malaysia dan Sri Ram sebagai responden kedua dan ketiga.

Dalam kedua-dua permohonan, mereka memohon perintah untuk membatalkan keputusan oleh Peguam negara/Pendakwa Raya yang menurut mereka, tidak mengemukakan kepada mereka salinan surat pelantikan Sri Ram untuk mengetuai pasukan pendakwaan dan dengan itu mendakwa telah melanggar Seksyen 376 (3) Kanun Prosedur Jenayah.

Mereka juga memohon perintah mahkamah untuk membatalkan atau menggugurkan pelantikan Sri Ram dengan menyatakan bahawa surat pelantikan itu tidak sah, dan memohon pengisytiharan bahawa terdapat percanggahan kepentingan dalam pelantikan itu.

Mereka juga memohon perintah untuk melarang Sri Ram daripada mengetuai pasukan pendakwaan dalam semua kes yang dihadapi mereka, termasuk dalam kes rasuah, penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS