Permohonan penubuhan MIC Baru didaftarkan
Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Shah Alam hari menerima permohonan pendaftaran sebuah parti baru bernama Marumalarchi Indian Congress Baru atau singkatannya MIC barui.
Pejabat Pendaftaran Pertubuhan Shah Alam hari menerima permohonan pendaftaran sebuah parti baru bernama Marumalarchi Indian Congress Baru atau singkatannya MIC barui.
Menurut laporan Bernama, Pengerusi penaja parti itu, P. Gannapathy yang mengesahkan perkara tersebut melahirkan rasa gembira dengan permohhonan pendaftaran parti yang diasaskannya itu.
"Permohonan pendaftaran parti MIC Baru dibuat pada pukul 2 petang tadi dan lebih 200 orang penyokong saya turut bersama ketika saya mendaftarkan parti itu," katanya .
Beliau berharap dengan adanya permohonan pendaftaran itu tidak akan wujud sebarang spekulasi berhubung parti tersebut yang diasaskannya.
Kontroversi penubuhan Parti MIC baru bermula Jumaat lalu apabila Setiausaha Agung MIC Datuk S. Sothinathan membuat laporan di Ibu pejabat Polis Daerah Sentul di Kuala Lumpur semalam mengenai cadangan penubuhan MIC Baru.
Dalam laporan itu, MIC mendakwa kumpulan yang mahu menubuhkan parti itu telah melanggar Akta Pertubuhan 1996 seperti klausa menyatakan bahawa seseorang yang berhasrat menubuhkan sebuah parti politik perlu mendapatkan kelulusan Pendaftar Pertubuhan terlebih dahulu sebelum membuat pengumuman awam mengenainya.
Selain itu, penggunaan terma MIC Baru turut melanggar akta berkenaan yang menyebut bahawa sesuatu kumpulan tidak boleh menggunakan nama yang sama atau serupa dengan sebuah parti politik yang sudah wujud.

