Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘MCA, MIC tinjau pakatan baru’
Diterbitkan:  Mar 4, 2019 4:26 PM
Dikemaskini: 8:58 AM

MCA dan MIC berkemungkinan akan meninggalan BN dan meneroka menyertai pakatan baru.

Ini berikutan sikap "terus membisu" Umno mengenai kenyataan perkauman daripada parti itu, termasuk daripada setiausaha agung BN Nazri Abdul Aziz.

“MCA dan MIC tidak ada pilihan lain kecuali untuk meneruskan langkah untuk meneroka pakatan baru yang menggambarkan tujuan sebenar penyatuan dalam kepelbagaian dalam niat asalnya,” kata kedua-dua parti dalam satu kenyataan bersama hari ini.

Kenyataan itu ditandatangani oleh Presiden MCA Wee Ka Siong dan Presiden MIC SA Vigneswaran yang mengakui mereka kecewa dengan perkembangan semasa.

Menurut mereka asas kesefahaman dalam BN hari ini tidak lagi dihormati.

“MCA dan MIC sebagai wakil kepada komuniti masing-masing menyedari bahawa perubahan yang membentuk BN hari ini telah ditolak oleh komuniti masing-masing.

“Maka (MCA dan MIC) mencadangkan pembubaran atau penstrukturan semula untuk (BN) kembali kepada semangat dan tujuan asalnya," kata mereka tanpa menyebut secara langsung akan meninggalkan BN.

Seorang pemimpin kanan yang mempunyai maklumat mengenai rundingan MCA dan MIC memberitahu Malaysiakini bahawa kedua-dua parti itu sedang meninjau pilihan sama ada untuk menyingkirkan Umno dari BN.

MCA pada perhimpunan agungnya tahun lalu, meluluskan resolusi untuk membentangkan usul untuk membubarkan BN.

Walau bagaimanapun, majlis tertinggi BN masih belum mengadakan sebarang mesyuarat.

Ketegangan antara MCA dan Umno meruncing selepas parti Cina itu mendesak supaya Nazri dipecat sebagai setiausaha agung BN, selepas beliau menyarankan supaya sekolah Cina dan Tamil ditutup.

Nazri kemudiannya menafikan mahu sekolah-sekolah vernakular ditutup, dan menuduh pihak media salah memetik kenyataannya.

Pemimpin tertinggi MIC walau bagaimanapun tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda mempunyai masalah dengan pemimpin Umno.

Sabtu lalu, Timbalan Presiden MIC M Saravanan adalah antara pemimpin BN yang berada di atas pentas yang meraikan kemenangan mereka di DUN Semenyih.

Lihat Komen
ADS