Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MTEM: Tiada data perkasa bumiputera ranapkan ekonomi

Tiada kajian membuktikan bahawa usaha mengangkat ekonomi Bumiputera akan meranapkan ekonomi negara, kata Majlis Tindakan Ekonomi Melayu (MTEM).

Ketua Pegawai Eksekutif MTEM, Ahmad Yazid Othman, berkata pihaknya menyokong penuh sebarang usaha pihak kerajaan melaksanakan agenda Bumiputera.

"Tiada data yang membuktikan bahawa usaha memperkasakan ekonomi Bumiputera akan meranapkan ekonomi negara.

"Ketahuilah seluruh ahli MTEM dengan komuniti ekonomi Bumiputera akan berada di belakang mana-mana pemimpin yang tidak segan silu membela dan memperjuangkan ekonomi Bumiputera," katanya dalam satu sidang media di Kuala Lumpur, hari ini.

Oleh itu katanya, MTEM menyokong penuh kenyataan Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamed Azmin bahawa kekalahan Pakatan Harapan (PH) dalam Pilihan Raya Kecil Semenyih adanya satu keperluan mendesak untuk memperkasakan agenda bumiputera.

Lihat Komen
ADS