Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Cadangan beku akaun bekas suami perlukan kajian teliti - Fuziah

Kerajaan sedang mengkaji aspek perundangan berhubung cadangan membekukan akaun bekas suami yang liat atau gagal membayar nafkah kepada bekas isteri dan anak, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Fuziah Salleh.

Katanya terdapat beberapa implikasi perundangan jika perkara tersebut dilaksanakan tanpa kajian rapi.

“Ada permintaan berkenaan (bekukan akaun suami yang liat bayar nafkah) apabila wanita bercerai dan tidak dapat nafkah daripada suami, tetapi kita tidak boleh bekukan lagi akaun… jadi ini yang kita sedang kaji.”katanya.

Fuziah berkata demikian selepas program Santuni Wanita bersempena Hari Wanita Sedunia di Pasar Tani Mega Kuantan, hari ini.

Pada November lalu Menteri di Jabatan Perdana Menteri Mujahid Yusof Rawa berkata, pihaknya bercadang membekukan akaun bekas suami yang ingkar membayar nafkah kepada anak-anak dan bekas isteri dalam usaha memperkasa penguatkuasaan terhadap mereka yang ingkar perintah mahkamah.

Katanya cadangan yang akan dilaksanakan bersama Jabatan Kehakiman Syariah Negeri (JKSN) itu juga dilakukan berikutan ramai wanita yang tidak diberi keadilan dari sudut nafkah walaupun telah diputuskan oleh mahkamah syariah.

Sementara itu, pada progr am bersama Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA), Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) serta pejabat Anggota Parlimen Kuantan hari ini, sebanyak 3,000 kuntum bunga segar turut diedarkan kepada pengunjung wanita pasar tani berkenaan sebagai simbolik sambutan Hari Wanita Sedunia.

- Bernama

Lihat Komen
ADS