ECM Libra dapat perintah injunksi terhadap Husam
Kumpulan pelaburan, ECM Libra Bhd hari ini memperolehi perintah sebelah pihak menghalang laman web Harakahdaily daripada terus menerbitkan laporan atau berita yang didakwa memfitnah pengarahnya, Khairy Jamaluddin.
Kumpulan pelaburan, ECM Libra Bhd hari ini memperolehi perintah sebelah pihak menghalang laman web Harakahdaily daripada terus menerbitkan laporan atau berita yang didakwa memfitnah pengarahnya, Khairy Jamaluddin.
Perintah injunksi itu bertarikh 8 Februari 2006 diperolehi dari Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. Ia telah diserahkan kepada salah seorang kakitangan Edisi Prima Sdn Bhd - syarikat yang mengendalikan laman web tersebut.
Editor Harakahdaily, Zulkifli Sulong mengesahkan salah seorang kakitangannya menerima dokumen berkenaan. Bagaaimana beliau enggan mengulas lanjut sehingga perkara itu dirujuk kepada peguamnya.
"Perintah itu juga menyebut perbicaraan akan diadakan pada 27 Februari," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dipercayai injunksi terhadapNaib-Presiden PAS, Husam Musa dan Edisi Prima adalah yang pertama terhadap sebuah laman web di negara ini.
Perintah injunksi ini adalah susulan kepada surat tuntutan yang dibuat oleh ECM Libra kepada Husam dan laman web itu
yang didakwa menyiarkan laporan yang telah memfitnah Khairy
dalam berita bertajuk 'Bagaimana Khairy membeli saham ECM Libra' yang disiarkan pada 29 Disember 2005.
Antara lain perintah mahkamah itu melarang laman web itu dan Husam serta agen-agennya dari mengulang terbit segala dakwaan berkenaan terhadap ECM libra atau Khaity.

