Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pembuangan sisa dipercayai bahan kimia dikesan di Sg Klang

Pembuangan sisa-sisa disyaki bahan kimia oleh pihak tidak bertanggungjawab dikesan berlaku di Sungai Klang hari ini.

Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) Hashim Osman berkata pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu kira-kira pukul 6 petang tadi.

“Pihak kami telah ke lokasi kejadian untuk mengenal pasti bahan kimia tersebut, dan mengambil tindakan pencegahan pencemaran.

“Setakat ini maklumat yang kami peroleh bahan kimia itu dipercayai dibuang ke dalam longkang dan mula mengalir ke dalam Sungai Klang,” katanya ketika dihubungi.

 

Hashim berkata siasatan juga sedang dijalankan berhubung keluasan kawasan pencemaran dan akan memaklumkan perkembangan terkini apabila memperoleh maklumat lengkap.

Terdahulu, LUAS memuat naik maklumat dan gambar mengenai pembuangan sisa disyaki bahan kimia tersebut di laman sosial Facebook miliknya petang tadi.

- Bernama

Lihat Komen
ADS