Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Ahli bomba tersepit antara van kecemasan dan kereta - Saksi

INKUES | Seorang anggota bomba dilihat tersepit di antara van perubatan kecemasan Emergency Medical Rescue Services (EMRS) dan sebuah kereta ketika rusuhan di Kuil Seafield Sri Maha Mariamman, kata seorang saksi kepada Mahkamah Koroner di Shah Alam hari ini.

Seorang warga Pakistan, Budd Mosin yang bekerja sebagai juruteknik pendingin hawa memberi keterangan dalam inkues menyiasat punca kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Saksi berusia 24 tahun berkata sekitar awal pagi pada 28 November lalu, dia melihat sebuah van EMRS berundur ke belakang ketika lori FRT (Fire Rescue Tender) di hadapannya juga turut mengundur bagi mengelakkan perusuh.

Bercakap dalam bahasa Punjabi menerusi seorang jurubahasa, Mosin berkata, anggota bomba itu berdiri di suatu tempat berhampiran tayar kiri belakang van EMRS apabila kenderaan itu mengundur, menyepitnya di antara van dan kereta yang diletakkan di tepi jalan.

"Ketika lori (FRT) melanggar EMRS (van), mangsa berdiri menghadap jalan utama (berdekatan van).

"Apabila FRT terus mengundur dan melanggar (van) EMRS, van EMRS itu menghimpit mangsa terhadap kereta yang diletakkan di situ.

"Kemudian mangsa jatuh (ke tanah), muka terngadah ke atas dan kakinya menunjuk ke arah (berdekatan) Caltex (stesen minyak).

"Saya berdiri di sana, jadi saya melihatnya," katanya.

Walau bagaimanapun, saksi itu tidak dapat mengenal pasti mangsa sebagai Adib semasa prosiding.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS