Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Rundingan isu rakyat tanpa kewarganegaraan di peringkat akhir

Kerajaan sedang dalam peringkat akhir rundingan dengan pelbagai pihak berkepentingan sebelum mendapatkan kelulusan Kabinet bagi menyelesaikan isu kanak-kanak tanpa kewarganegaraan dan rakyat Malaysia yang tidak didokumenkan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Senator P Waytha Moorthy berkata kerajaan sedar kebimbangan orang ramai dan sedang berusaha mencari penyelesaian menyeluruh terhadap isu tersebut.

“Kerajaan juga menyedari individu tidak berstatus ini mempunyai akses terhad kepada kemudahan pendidikan dan penjagaan kesihatan serta terdedah kepada risiko berdepan dengan penderitaan, pengabaian, penderaan dan bergelandangan,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata ia adalah antara pelbagai sebab kenapa sejumlah besar individu berketurunan India menjadi rakyat tanpa kewarganegaraan dan tidak didokumenkan.

Ini termasuk status kewarganegaraan ibu bapa, tiada dokumen sokongan sebelum negara mencapai kemerdekaan, kemiskinan, kanak-kanak ditinggalkan, perkahwinan yang tidak didaftar kerana salah seorang pasangan tiada berstatus kewarganegaraan.

Justeru, beliau berkata, Unit Transformasi Masyarakat India Malaysia (MITRA di bawah Jabatan Perdana Menteri, sedang bekerjasama dengan agensi kerajaan berkaitan bagi menggariskan penyelesaian berhubung isu rakyat tanpa kewarganegaraan.

-Bernama

Lihat Komen
ADS