Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Tidak adil! Najib tak puas hati dengan notis taksiran cukai

Bekas perdana menteri Najib Razak hari ini mengakui bahawa beliau telah menerima notis takziran cukai yang tidak dijangkakan dan beliau tidak berpuas hati.

“Kita akan minta kaji dan akan cari cara spesifik mengikut proses sebab pengiraan asas, definisi pendapatan yang dikira itu sangat menimbulkan tanda tanya," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Najib berkata beliau tidak dapat berkongsi butiran notis berkenaan.

“Ia sedang disediakan, kami fikir ia tidak adil, kami akan cari macam mana yang boleh dibuat mengikut proses,” katanya.

Mengenai sama ada beliau akan mengotakan janji awalnya untuk menghasilkan bukti bahawa sebahagian daripada pendapatan itu membabitkan "sumbangan", Najib mengesahkannya.

Walau bagaimanapun, apabila disoal sebanyak dua kali sama ada notis taksiran cukai itu berjumlah RM1.5 bilion, seperti yang dilaporkan oleh The Edge Markets semalam, Najib tidak memberi sebarang jawapan.

Laporan itu menyatakan jumlah berkenaan adalah untuk tempoh 2011 hingga 2017, dan notis cukai tersebut dihantar seminggu lalu.

Antara lain, laporan tersebut mendakwa bahawa Najib belum mengisytiharkan pendapatan kira-kira RM4 bilion sepanjang tempoh berkenaan, termasuk RM2.6 bilion dalam akaun peribadinya sebelum ini yang didakwa berpunca dari 1MDB.

Susulan itu, Najib menulis di Facebooka bahawa pendapatan asing, termasuk sumbangan yang didakwa dari kerabat Raja Arab Saudi, tidak dikenakan cukai pendapatan.

Walau bagaimanapun, teori sumbangan Saudi itu telah dinafikan oleh Jabatan Keadilan Amerika Syarikat dan beberapa laporan akhbar.

Lihat Komen
ADS