Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hadi akan ke Rantau bantu Mat Hasan
Diterbitkan:  Apr 5, 2019 4:51 PM
Dikemaskini: 8:51 AM

PRK RANTAU | Kempen BN untuk mempertahankan Mohamad Hasan di kerusi DUN Rantau mendapat suntikan semangat baru apabila Presiden PAS Abdul Hadi Awang dilaporkan bakal turun padang.

Abdul Hadi yang sebelum ini dinasihat berehat seketika di Institut Jantung Negara dikatakan bakal berkunjung ke Rantau tidak lama lagi.

Ditemui media di Rusila, Marang pagi tadi Abdul Hadi berkata keadaan kesihatannya juga semakin baik.

"Insya-Allah saya akan pergi (ke Rantau) dan alhamdulillah kesihatan (juga) bertambah baik," katanya dipetik Sinar Online hari ini.

Abdul Hadi yang juga anggota parlimen Marang ditemui selepas menyampaikan kuliah mingguannya di Masjid Rusila.

PRK Rantau akan diadakan pada 13 April ini dan menyaksikan bekas menteri besar Negeri Sembilan itu dicabar tiga calon lain, termasuk dua daripada bebas.

Cabaran utama setakat ini adalah daripada calon PH, Dr S Streram yang dinafikan haknya untuk menentang Mohamad pada PRU ke-14 tahun lalu.

Pada 9 Mei 2018 Mohamad diumum menang tanpa bertanding bagi kerusi DUN Rantau selepas Streram dihalang pegawai pengurus pilihan raya ketika itu daripada menyerahkan borang pencalonannya.

BN dan PAS kini menjalin hubungan kerjasama yang baik sebagai pakatan pembangkang bagi menghadapi PH yang berjaya menguasai Putrajaya dan sebahagian besar negeri pada PRU tahun lalu.

Lihat Komen
ADS