Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Guan Eng ditanya tentang jualan tanah Peel Avenue
Diterbitkan:  Apr 9, 2019 9:28 AM
Dikemaskini: 1:28 AM

Perbadanan Ketua Menteri Pulau Pinang (CMI) membuat keputusan berkaitan isu penjualan tanah selepas berunding dengan exco kerajaan negeri, tegas Menteri Kewangan Lim Guan Eng di Mahkamah Tinggi di Pulau Pinang.

Lim yang merupakan ketua menteri Pulau Pinang dari tahun 2008 hingga 2018 berkata CMI juga tidak tertakluk kepada audit kerana tidak mempunyai akaun atau ahli lembaga.

"CMI mungkin mempunyai kuasa penuh untuk memutuskan perkara yang berkaitan dengan penjualan tanah, tetapi keputusan sentiasa dibuat dengan berunding dengan ahli exco," kata Lim pada Rabu semasa pendengaran saman fitnahnya terhadap bekas pemangku ketua pemuda Gerakan, Jason Loo Jieh Sheng.

Lim memfailkan saman fitnah terhadap Loo berikutan kenyataannya dalam tiga akhbar berbahasa Cina pada tahun 2017, yang mana Loo mempersoalkan penjualan sebidang tanah di Peel Avenue kepada Island Hospital Sdn Bhd pada Julai 2016.

Plot 6.4 ekar itu dijual dengan harga RM156 juta untuk pajakan 99 tahun kepada hospital berkenaan untuk projek pembesarannya, melalui transaksi yang dijalankan oleh CMI.

Lim diwakili peguam Mureli Navaratnam, manakala Kek Boon Wei mewakili Loo.

Ditanya mengapa tanah itu tidak dijual melalui tender terbuka, Lim berkata ia bukan pembelian perolehan seperti projek terowong bawah laut bernilai RM6.3 bilion di Pulau Pinang, tetapi "pelaburan bernilai tinggi".

Semasa perbicaraan, isu kawalan editorial terhadap China Press dan Guang Ming Daily juga ditimbulkan dan Lim bersetuju dengan dakwaan bahawa kedua-dua akhbar itu dikawal oleh BN.

Bagaimanapun, beliau tidak bersetuju bahawa perkara sama turut berlaku terhadap Kwong Wah Yit Poh, sebuah akhbar harian Cina tempatan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS