Terjemahan Tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Yazid Sufaat, yang didakwa membenarkan pangsapurinya digunakan sebagai tempat pertemuan anggota Al-Qaida pada tahun 2000 dilanjutkan lagi tempoh tahanannya selama dua tahun.

Bekas pegawai tentera berusia 42 tahun itu ditahan oleh pihak berkuasa pada Januari 2002. Ini merupakan perlanjutan tempoh tahanan kali kedua baginya selepas dikenakan tindakan yang sama pada tahun 2004.

Peguam Yazif, Edmund Bon memberitahu agensi berita AFP, tempoh penahanan itu dilanjutkan selama dua tahun lagi sejak 31 Januari lalu.

Di bawah undang-undang ISA, kerajaan berhak melanjutkan tempoh tahanan selama dua tahun lagi tanpa bicara.

Yazid dituduh membenarkan sekumpulan anggota A-Qaida termasuk dua orang perampas kapalterbang yang melanggar ibu pejabat Pentagon pada 11 September 2001 menggunakan pangsapurinya sebagai tempat pertemuan pada tahun 2000.

Yazid, graduan bidang biokimia dari sebuah universiti Amerika Syarikat turut disiasat oleh pihak berkuasa Amerika pada tahun 2002 mengenai hubungannnya dengan Zacarias Moussaoui, satu-satu suspek tragedi 11 September yang sedang dibicarakan di Amerika Syarikat.

Edmund Bon juga memberitahu pihak berkuasa Malaysia dijangka akan memutuskan nasib 36 lagi orang tahanan ISA pada 22 Februari ini.

Malaysia menentang keras pencerobohan Amerika ke atas Iraq tetapi pada masa yang sama turut mennentang kuat keganasan dan telah menahan lebih 80 orang yang disyaki militan Islam. Berita asal