terjemahan Menteri Penerangan, Datuk Zainuddin Maidin har ini menegaskan beliau tidak akan melayan perkara remeh temeh kerana mahu menumpukan perhatian kepada agenda yang lebih besar dan penting.

"Maaf... saya tidak mahu melayan perkara kecil atau remeh temeh seperti ini," tegasnya apabila ditanya oleh para wartawan berhubung komentar bekas Ketua Pengarang akhbar The New Straits Times (NST) , Datuk Kalimullah Hassan yang antara lain mengingtkan Zainuddin yang lebih kenali sebagai Zam bahawa "dia bukannya Ketua Pengarang bagi media di Malaysia".

Komentar Kalimullah itu disiarkan dalam akhbar NST minggu lalu selepas Zainuddin dilantik sebagai Menteri Pernerangan dalam rombakan kabinet yang diumumkan oleh Perdana menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Kalimullah turut mendakwa, sehari sebelum rombakan kabinet diumumkan, di dalam satu mesyuarat tertutup biro penerangan Umno, Zainuddin telah meminta dua orang pengarang kanan akhbar kumpulan NST disingkirkan.

Hari ini adalah hari pertama Zainuddin memulakan dengan rasminya tugasnya sebagai Menteri Kewangan di pejabatnya di Angkasapuri.

Dalam sidang akhbarnya beliau disertai oleh kedua-dua timbalannya, Datuk Zahid Hamidi dan Datuk Chia Kwang Chye.

Apabila ditanya beberapa kali soalan yang sama, Zainuddin tetap menegaskan; " Saya tidak mahu melayan perkara remeh temeh. Saya mempunyai perkara yang lebih besar untuk difikirkan. Kita mesti memikirkan soal-soal yang penting dan besar, bukannya membuang masa dengan benda-benda kecil."

Beliau juga menjelaskan, kata-katanya itu tidak bertujuan memperlekehkan akhbar NST atau sesiapa sahaja, cuma mahu menegaskan bahawa terdapat banyak perkara lain yang lebih penting dan utama yang perlu difikirkannya sekarang.

"Adakah saya nampak seperti musuh anda? Adakah saya berlagak seperti editor anda?" soal beliau sambil berseloroh.

Apabila diminta mengulas tentang tindakan DAP membuat laporan polis terhadapnya kerana mengeluarkan kenyataan menuduh aklhbar-akhbar berbahasa Tamil memainkan sentimen perkauman, Zainudin sekali mengulangi jawapan yang sama.

" Saya tidak mahu melayan perkara-perkara remeh yang boleh menyentuh perasaan orang lain. Untuk apa? Saya sudah cukup tua, saya bukan budah-budak, saya telah melalui pelbagai pengalaman pahit manis sebelum ini."

Sebelum mengakhiri sidang akhbarnya, Zainuddin menegaskan beliau adalah "rakan" kepada semua wartawan. Berita asal