Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Pengganti MB diumum lepas sultan perkenan Osman letak jawatan'
Diterbitkan:  Apr 10, 2019 11:44 PM
Dikemaskini: 3:52 PM

Nama bakal menteri besar Johor yang baru akan dipersembahkan kepada kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sebaik perletakan jawatan Osman Sapian mendapat perkenan baginda.

Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin berkata  demikian dalam suatu kenyataan malam ini.

"Nama bakal pengganti menteri besar akan dipersembahkan kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor untuk perkenan baginda sebaik sahaja peletakan jawatan Osman Sapian diperkenankan oleh Tuanku," katanya.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga menteri dalam negeri meminta rakyat Johor dan anggota partinya supaya bertenang susulan perletakan jawatan menteri besar Johor Osman Sapian.

Beliau juga berharap proses peralihan kepimpinan di negeri itu berjalan dengan lancar.

"Saya berharap proses penggantian Menteri Besar Johor akan berlangsung dengan teratur dan sempurna agar pentadbiran Kerajaan Negeri Johor berjalan dengan lancar.

"Adalah penting usaha memacu kemajuan negeri Johor tidak terganggu dengan peralihan kepimpinan ini.

"Saya meminta agar rakyat Johor amnya dan ahli-ahli parti terutamanya Bersatu agar bertenang dan terus merapatkan saf serta patuh dengan keputusan kepimpinan parti," katanya pada hantaran di Facebook malam ini.

Terdahulu, Umno Johor hari ini membuat kejutan dengan mencadangkan bekas pengerusi perhubungan negeri itu yang kini adalah presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin dilantik sebagai menteri besar baru bagi menggantikan Osman Sapian.

Ketua Pembangkang Johor, Hasni Mohammad berkata cadangan supaya Muhyiddin menjadi menteri besar akan dibincangkan sewaktu beliau mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar pada Jumaat ini.

Pada 9 April lalu, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad pada sidang media di parlimen mengumumkan Osman meletak jawatan sebagai menteri besar Johor.

Bagaimanapun, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim dalam kenyataan pada hari yang sama bertitah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar sudah lama membuat keputusan untuk menukar menteri besar.

"Titah untuk tukar menteri besar dah lama. Tetapi orang lain pula nak ambil kredit dan mileage, kononnya dia arahkan.

"Ke bawah Duli Tuanku sudah meneliti untuk tukar MB sejak berbulan lalu. Jangan lupa, kuasa memilih menteri besar adalah hak mutlak Sultan. Cukup-cukuplah politicking," tulisnya di Twitter

 

Lihat Komen
ADS