Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Kadar penurunan import ke Malaysia dijangka akan kembali pulih pada Jun selepas penurunan 'biasa' pada Februari, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Darell Leiking.

Katanya, import mencatatkan kadar penurunan pada bulan Februari, apabila susut 9.4 peratus berbanding tahun lepas, sebahagian besar disebabkan oleh sambutan Tahun Baru Cina.

"Ini adalah pada awal tahun ketika pesanan baru masuk, sementara sesetengah (pengimport) mengkaji pesanan mereka, sementara ada yang tidak berdagang kerana Februari adalah Tahun Baru Cina.

"Kebanyakan pengimport tidak membuat pesanan pada masa itu, kerana mereka sudah pun membuat pesanan lebih awal. Stok awal.

"Ini adalah satu cara, yang saya dijelaskan oleh pegawai-pegawai saya, ini adalah agak biasa. Kamu akan lihat pada bulan-bulan akan datang, mungkin pada Jun, ia akan naik semula," Darell kata dalam satu temuramah bersama di Putrajaya, hari ini.

Kapal kargo. Gambar hiasan.

Cuti perayaan Tahun Baru Cina jatuh pada 5 Feb dan 6 Feb tahun ini, pada hari Selasa dan Rabu.

Tambah Darell hanya sesetengah bahan import terjejas dengan kadar penurunan ini. Beliau juga berkata rakyat Malaysia berdaya tahan dengan keadaan itu.

"Perkara yang menarik dengan Malaysia adalah ketika import turun, rakyat Malaysia cenderung melihat kepada pembuatan tempatan (barang).

"Saya harap, kita di tahap di mana kita boleh menambah kerugian dalam barangan import," kata beliau.

Sementara itu, menyentuh mengenai kelembapan ringgit, menteri itu berkata masalah sama melanda negara-negara lain juga.

Bagaimanapun, katanya, Bank Negara mempunyai strategi untuk terus mengawal keadaan.

Lihat Komen
ADS