Warga M'sia ditahan di lapangan terbang Chennai tak isytihar AS$67,600
Diterbitkan: Apr 26, 2019 12:14 AM
Seorang wanita rakyat Malaysia ditahan di lapangan terbang Chennai di India dalam penerbangan ke Kuala Lumpur pada Khamis kerana membawa wang tunai yang tidak diisytiharkan berjumlah AS$67,600.
"Pihak berkuasa kastam telah memaklumkan kami tentang penahanan itu dan mereka sedang menjalankan siasatan," kata Konsul Jeneral,Malaysia di Chennai, K. Saravanan kepada Bernama.
"Dia belum menghubungi pihak konsulat tetapi kami cuba untuk menghubunginya," katanya.
Wanita warga Malaysia dikenali sebagai Rayavarapu Sridevi, 54 tahun.
Rayavarapu ditahan di bawah peruntukan Akta Kastam dan kemudian dibebaskan dengan ikat jamin sementara siasatan dijalankan.
-Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.