Gempa bumi 5.5 skala Richter landa Sulawesi
Diterbitkan: Apr 26, 2019 9:39 AM
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.5 skala Richter berlaku di Sulawesi, Indonesia pada 5.57 pagi tadi.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataannya hari ini memaklumkan, gempa tersebut berlaku 214 kilometer (km) utara dari Kendari, Indonesia.
Gempa dengan kedalaman 15km itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, kata kenyataan itu.
- Bernama
Lihat Komen0
Lapor komen ini
500 aksara lagi


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.