Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tsen harap Sandakan jadi titik kebangkitan semula PBS

PRK SANDAKAN | Calon Parti Bersatu Sabah (PBS) Linda Tsen berharap menang dalam pilihan raya kecil (PRK) Sandakan dan seterusnya menjadikan kemenangan itu batu loncatan untuk kemunculan semula partinya.

Sebagai naib presiden PBS, katanya, dia bertanggungjawab untuk memastikan kebangkitan semula partinya.

PBS mengalami kekalahan besar dalam pilihan raya umum tahun lalu, yang menyaksikan parti itu hanya mempunyai satu kerusi berbanding empat kerusi sebelum ini.

Kerusi tunggal parti itu, Kota Marudu, dipegang oleh presiden PBS, Maximus Ongkili.

"Saya mempunyai tanggungjawab untuk parti, maka saya menerima pencalonan untuk pilihan raya kecil Sandakan.

"Kami telah keluar BN ... Kami menggunakan logo parti kami untuk bertanding. Ini adalah pertempuran semula untuk PBS," kata bekas anggota parlimen Batu Sapi itu semasa wawancara media baru-baru ini.

PRK Sandakan adalah penampilan kedua Tsen dalam PRK.

Pada 2010, dia memenangi kerusi Parlimen Batu Sapi dengan tiket BN, sekaligus mempertahankan kerusi yang disandang mendiang suaminya, Edmund Chong Ket Wah.

Bagaimanapun, kali ini beliau akan bertanding di bawah tiket pembangkang selepas kejatuhan BN pada pilihan raya umum ke-14.

Tsen mengakui bahawa kali ini, meskipun menang, dia tidak akan membolehkan dia menikmati kelebihan ketika menjadi parti gabungan pemerintah.

Namun, katanya, kemenangan di Sandakan membolehkannya bertindak sebagai semak dan imbang berhubungperuntukan pembangunan kerajaan Pakatan Harapan untuk Sandakan.

"Jika saya menang, saya akan menjadi ahli parlimen pembangkang. Saya tidak mempunyai apa-apa peruntukan. Ia akan melalui kaedah yang berbeza ...

"Sebagai contoh, Menteri Kewangan Persekutuan Lim Guan Eng berkata beliau akan memperuntukkan RM2.28 bilion untuk Sandakan. Saya akan memastikan rancangan itu dilaksanakan sepenuhnya dan sambungan lapangan terbang Sandakan yang dirancang akan dihormati," katanya.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS