Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
1MDB, ECRL diguna untuk pilihan raya - pakar ekonomi

1MDB dan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) digunakan oleh pentadbiran lama untuk mendanai dua kempen pilihan raya umum sebelum ini, dakwa penasihat kanan Institut Kajian Khazanah Jomo Kwame Sundaram.

Ia dilakukan, kata pakar ekonomi itu, disebabkan tamparan terhadap BN dalam pilihan raya umum 2008 yang menyaksikan mereka hilang penguasaan dua pertiga dalam parlimen.

Perdana menteri ketika itu Abdullah Ahmad Badawi dipersalahkan susulan kemerosotan itu.

“Pak Lah tunjukkan prestasi baik pada pilihan raya 2004 kerana beliau menggantikan perdana menteri dua dekad (Mahathir Mohamad).

“Rakyat agak gembira lihat beliau (Mahathir) pergi dan lihat muka baru dengan semangat baru,” katanya.

“Tetapi pada 2008, semua itu pudar. Jadi prestasi BN teruk,” kata Jomo dalam forum berkaitan pilihan raya umum ke-14 di di Universiti Malaya hari ini.

Jomo berkata selepas Najib Razak mengambil alih negara, timbul idea bagaimana mendapatkan wang, yang kemudian didakwanya dibuat melalui “rundingan-rundingan meragukan”.

Jomo merujuk kepada 1MDB, ECRL dan dua projek saluran paip di Sabah dan Melaka.

ECRL, katanya diluluskan dengan tergesa-gesa melalui kabinet pada November 2017 dan operasinya dimulakan pada Januari 2018.

Mengulas projek itu, Jomo berkata, Eximbank dari China memberikan pinjaman 85 peratus untuk projek itu untuk tempoh bayaran balik tujuh tahun.

Bagaimanapun, kata Jomo, perjanjian sebegitu, termasuk dalam projek-projek lain, tidak bertanggungjawab kerana mewariskan hutang kepada generasi lebih muda.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS