Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Land swap: Tiada sesiapa di atas undang-undang, termasuk PM

Pihak berkuasa bebas menyiasat sesiapa sahaja termasuk dirinya selaku perdana menteri berhubung projek pertukaran tanah (land swap) kementerian pertahanan, kata Dr Mahathir Mohamad.

“Polis pun akan siasat termasuk PM juga, tidak ada siapa yang berada di atas undang-undang,” katanya secara umum kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR) kali ke-8 di Perdana Putra, di Putrajaya, hari ini.

Minggu lalu, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu pada sidang akhbarnya mendakwa pelaksanaan 13 daripada 16 projek land swap terbabit didapati melibatkan bekas perdana menteri dan bekas menteri pertahanan.

Hasil laporan Jawatankuasa Siasatan tadbir Urus, Perolehan dan Kewangan Kerajaan (JKSTUPKK) yang dipengerusikan Ambrin Buang turut mendapati anggaran kerugian atau ketirisan hasil kerajaan daripada projek tersebut melebihi RM500 juta.

Semua 16 projek itu terdiri daripada 2,923 ekar (1,183 hektar) tanah milik kementerian pertahanan yang telah dan akan dipindah milik.

Mengulas isu itu, Dr Mahathir berkata kerajaan masih boleh mengambil tindakan terhadap pihak yang melakukan kesalahan projek 'land swap' berkenaan meski pun ia telah lama berlaku.

Menurut perdana menteri pihaknya juga tidak teragak-agak untuk membuat laporan berhubung salah guna kuasa itu.

“Ya, kerajaan masih boleh mengambil tindakan dan niat kami untuk membuat laporan mengenai kesalahan yang dilakukan pada masa lalu, sama ada pelaku salah sudah tiada di sini (pencen) atau tidak, tindakan undang-undang akan diambil,” katanya.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhir jawatankuasa siasatan kementerian pertahanan berhubung projek land swap menunjukkan berlakunya "pertimbangan politik melebihi kepentingan kerajaan," termasuk ketika penggal pertamanya sebagai perdana menteri.

Mohamad bagaimanapun menafikan Dr Mahathir terlibat dalam penyelewengan tersebut walaupun mengakui kaedah land swap itu dimulakan sejak tahun 1997 ketika beliau pertama kali menjadi perdana menteri.

Isu ‘land swap’ ini timbul ditengah-tengah pentadbiran PH berusaha membenteras rasuah dikalangan penjawat awam.

Lihat Komen
ADS