Seorang usahawan, dengan gelaran Datuk Seri, yang dituduh menyerang seorang pemilik restoran mendakwa bahawa dia menumbuk lelaki berkenaan dalam usaha mempertahankan dirinya.

Seow Kah Foong juga mendakwa Lau Chan Ming bergegas meluru ke arahnya semasa kejadian Isnin lalu di sebuah kondominium di Kuala Lumpur, yang dirakamkan di CCTV.

"Dia meluru ke arah saya ... Dia angkat tangan kirinya. Dia mahu pukul saya.

"Jadi saya mempertahankan diri. Saya tidak pasti jika saya pukul muka atau tangannya," kata ahli perniagaan berusia 49 tahun itu kepada Malaysiakini, petang tadi.

Seow juga mendakwa bahawa Lau menumbuknya dua kali dan mempunyai objek logam di tangannya yang disyaki oleh perniagaan itu sebagai senjata.

Keika itu, Seow berkata pengawal peribadinya "menghalang” pemilik restoran berusia 53 tahun itu.

"Ssalah seorang pengawal saya kemudian menghantar Lau ke balai polis. Jika kita mahu mencederakannya, mengapa kita melakukan sesuatu yang begitu bodoh? " soalnya.

Seow juga menunjukkan laporan polis mengenai kejadian itu yang dibuatnya kepada Malaysiakini. Ia menyatakan tujuan ahli perniagaan itu ke kondominium tersebut adalah untuk menyelesaikan salah faham mereka.

"Ketika saya sampai, saya lihat seorang lelaki Cina (Lau) yang pernah mengugut saya sebelum ini. Saya pegang bahunya untuk menghalangnya daripada melarikan diri.

"Tetapi dia tumbuk mata kiri dan saya bertindak dalam mempertahanan diri," katanya.

Dalam laporan lain bertarikh 24 Mei, Seow menuduh Lau membulinya dengan mengugut untuk membakar rumah dan keluarganya melalui mesej suara Wechat.

Awal hari ini, Malaysiakini melaporkan Lau melahirkan rasa tidak puas hati kerana polis masih belum menahan suspek berkenaan walaupun kejadian tersebut dirakamkan di CCTV.

[Baca berita penuh]