Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Kertas kabinet Taman Rimba Kiara diserah lepas raya'

Kertas kabinet Kementerian Wilayah Persekutuan berkenaan projek pembangunan Taman Rimba Kiara dijangka siap esok, kata menterinya Khalid Samad.

Khalid berkata, kertas itu juga akan diberikan kepada jemaah menteri dan pejabat peguam negara untuk maklum balas.

"Kita jangka kertas cadangan itu akan siap hari ini atau esok, dan akan serahkan kepada pihak yang terlibat termasuk jabatan peguam negara selepas Hari Raya Aidil Fitri," katanya ketika sidang media di Putrajaya, hari ini.

Pada April 2017, DBKL mengeluarkan perintah pembangunan di Taman Rimba Kiara, melibatkan pembangunan satu blok rumah mampu milik dan 8 blok kondominium mewah.

Cadangan awal melibatkan kawasan seluas 4.9 hektar - hampir separuh hutan simpan itu.

Sejak itu, Anggota Parlimen Segambut dan penduduk Taman Tun Dr Ismail mengadakan bantahan terhadap pembangunan di kawasan hutan itu serta membangkitkan dakwaan salah guna kuasa melibatkan menteri sebelum ini, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Awal bulan ini, Khalid mengumumkan pengecilan projek tersebut yang disifatkan sebagai keputusan "menang-menang" kepada semua pihak terlibat, tetapi tetap dibantah Yeoh dan sejumlah pihak lain.

Lihat Komen
ADS