Malaysiakini
BERITA

Siaran langsung pendengaran PAC lepas pindaan di parlimen - Noraini

Diterbitkan

Pendengaran (PAC) akan dibawakan secara langsung selepas pindaan dibuat terhadap Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, maklum Pengerusinya, Noraini Ahmad.

The Star memetik Noraini berata PAC telah menulis kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof supaya membenarkan liputan langsung pendengaran jawatankuasa itu, termasuk laporan dan cadangannya.

"Speaker amat berminat dengan reformasi seperti ini.

"Syor ini akan dibentang dan diluluskan di parlimen.

"Bagaimanapun, saya tidak menjangkakan perubahan dapat dilakukan pada sidang parlimen akan datang bulan depan, kerana hal ini mengambil masa," kata MP Parit Sulong.

The Star turut memetik Mohamad Arif mengesahkan mengenai deraf pindaan terhadap Peraturan Mesyuarat 85.

Bagaimanapun, beliau tidak menyebut secara khusus tarikh hal itu akan dibentangkan di parlimen.

Menurut laporan The Star juga, bekas pengerusi PAC Ronald Kiandee yang melepaskan jawatannya pada 4 April lalu mengesahkan beliau menulis surat kepada Mohamad Ariff pada Disember tahun lalu mengenai cadangan menyiarkan pendengaran PAC secara langsung.

Pada 2015, speaker Dewan Rakyat ketika itu, Pandikar Amin Mulia menyebut sekatan mengikut Peraturan Mesyuarat 85 untuk menutup gesaan menyiarkan secara langsung di televisyen pendengaran PAC mengenai 1MDB, walaupun pengerusinya Nr Jazlan Mohamed tidak menolak syor tersebut.

Peraturan Mesyuarat 85 menyatakan sebarang keterangan yang dikemukakan kepada jawatankuasa itu tidak boleh diterbitkan sebelum laporannya dibentangkan di parlimen.

Sementara itu, The Star juga memetik Noraini menyifatkan sidang parlimen akan datang sebagai amat penting untuk PAC.

"Dulu, PAC cuma memberikan syornya kepada kerajaan selepas meneliti laporan Ketua Audit Negara.

"Bulan depan buat pertama kali kerajaan akan menunjukkan kepada PAC apa langkah-langkah yang akan diambil berdasarkan syor-syor yang diberikannya," jelasnya.

Siri pertama Laporan Ketua Audit Negara 2018 akan dibentang dalam sidang Dewan Rakyat yang bermula pada 1 Julai akan datang.

[Baca berita penuh]

Mulai 15 Oktober 2020, Malaysiakini versi BM memperkenalkan sistem komen baru yang lebih baik.

Untuk berhubung secara telus dan bertanggungjawab dengan pengulas lain, pembaca BM kini perlu menjadi pelanggan berbayar. Anda dapat mengakses kandungan semua bahasa dan menulis komen di semua platform Malaysiakini.

Bersatu sokong media bebas.

Iklan