Wabak rabies: Satu lagi kematian di S'wak - KKM
Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan satu lagi kes rabies telah meragut nyawa seorang lelaki berusia 26 tahun di Kuching yang meninggal dunia semalam.
KKM dalam satu kenyataan berkata satu ujian makmal ke atas sampel kes tersebut dilakukan semalam dan telah mengesahkan ia positif rabies.
“Dengan pengesahan kes baru ini, jumlah kes rabies di Sarawak sejak wabak ini diumumkan pada 1 Julai 2017 adalah 18 kes termasuk 17 kematian.
“KKM ingin sekali lagi mengingatkan orang ramai khususnya di Sarawak agar tidak mengambil atau memungut haiwan lain yang tidak diketahui status suntikan vaksin rabies, walaupun ia berada dalam kawasan kejiranan kerana dikhuatiri kemungkinan haiwan tersebut telah dijangkiti virus rabies,” kata kenyataan itu.
- Bernama
Lapor komen ini


Anda pasti mahu padam komen ini?
Komen anda tidak akan boleh dikembalikan semula.