Aliran trafik di beberapa lebuh raya utama dilaporkan perlahan setakat 9 malam ini sempena sambutan Aidilfitri hari ini.

Jurucakap PLUS Malaysia Berhad, ketika dihubungi berkata, trafik perlahan dari Bukit Tagar ke Bukit Beruntung, Slim River ke Sungkai dan Tapah ke Gopeng.

"Bagi arah selatan, trafik perlahan dari Machap menuju Ayer Hitam," katanya.

Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), berkata, trafik perlahan sebelum masuk ke Plaza Tol Gombak serta di Terowong Genting Sempah menuju ke pantai timur.

“Aliran trafik di Lebuhraya Pantai Timur (LPT) 1 dan LPT 2 di kedua-dua arah dilapor lancar.” katanya.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat trafik terkini menerusi talian bebas tol Plusline di 1-800-88-0000 dan laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik atau talian LLM di 1-800-88-7752 serta laman Twitter di www.twitter.com/llminfotrafik.

- Bernama