Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kerajaan pertimbang syor IGP naikkan gaji polis - PM
Diterbitkan:  Jun 11, 2019 5:10 PM
Dikemaskini: 9:22 AM

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan akan melihat syor Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador supaya gaji anggota polis berpangkat rendah dinaikkan.

"Nanti kita fikirlah," katanya secara ringkas pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi di Perdana Putra, di Putrajaya hari ini.

Abdul Hamid dalam wawancara khas bersama Bernama semalam berkata gaji, logistik dan keperluan anggota polis berpangkat rendah akan diberi keutamaan dalam usaha meningkatkan integriti pasukan itu.

Beliau berkata gaji yang diperoleh golongan berkenaan iaitu daripada Sarjan ke bawah adalah rendah dan tidak mampu menampung kos sara hidup terutama bagi mereka yang bertugas di bandar-bandar besar.

Abdul Hamid berkata beliau berharap kerajaan menimbangkan perkhidmatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai istimewa memandangkan mereka dibebankan dengan satu kuasa yang cukup luas dan berbahaya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS