Samy: Tiada kenaikan tol tahun ini
Setelah membebankan rakyat dengan kenaikan harga bahan petroleum sebanyak 30 sen seliter dan sekilogram baru-baru ini kerajaan memutuskan untuk tidak menaikkan kadar tol lebuh raya di seluruh negara pada tahun ini.

Jaminan itu diberikan oleh Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu.
Beliau berkata, kementeriannya tidak menghadapi tekanan daripada mana-mana syarikat konsesi lebuh raya bagi menaikkan kadar tol sedia ada.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan satu persidangan antarabangsa mengenai teknologi terowong di ibunegara.
"Tiada siapa boleh menekan Kementerian Kerja Raya. Kementerian kita "pressure proof" katanya.
Ditanya tentang kemungkinan akan berlaku kenaikan kadar tol pada tahun depan, Samy Vellu enggan memberiakn sebarang ulasan.
"Kita bercakap pasal tahun ini, mengapa cakap pasal tahun lain," katanya.
Tindakan kerajaan menaikkan harga bahan petroleum sebanyak 30 pada 28 Februari lalu, kadar kenaikan terbesar dalam sejarah negara ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati pelbagai pihak.
Kesan dari kenaikan harga bahan pai telah mula dirasi apabila harga barangan dna perkhidmatan dinaikkan sejak seminggu lalu.