Malaysiakini BERITA

Syazlin Mansor kembali wakili keluarga Adib

Zikri Kamarulzaman  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Peguam Syazlin Mansor akan kembali mewakili anggota keluarga anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim dalam inkues berkaitan punca kematian allahyarham.

Syazlin mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Katanya beliau  bertindak demikian atas permintaan bapa allahyarham.

Syazlin juga berkata beliau agak rapat dengan anggota keluarga Adib.

Peguam Negara Tommy Thomas sebelum ini berkata Shazlin digugurkan kerana mempunyanyi percanggahan kepentingan kerana mewakili tiga pihak sekali gus, iaitu kementerian, Jabatan Peguam Negara dan keluarga Adib.

[Baca berita asal]