Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima mengadap menteri ekonomi Azmin Ali di Istana Negara, Kuala Lumpur.
"Titah nasihat dan pedoman KDYMM SPB Tuanku akan patik junjung sentiasa," tulis Azmin di Twiter hari ini.
Azmin yang juga timbalan presiden PKR bagaimanapun tidak mendedahkan perkara dibincangkan ketika pertemuan.
Menteri kanan itu sedang berdepan tuduhan skandal seks sejenis.
Beliau menafikannya, menyifatkan sebagai komplot untuk menjatuhkannya dan mengancam mengambil tindakan undang-undang.
Isu penyebaran video lucah itu kini sedang disiasat polis dan telah diadukan kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) atas dakwaan qazaf.
Dalam tweet lain selepas itu, Azmin turut menyentuh berkaitan lawatan khas Sultan Abdullah ke Emiriah Arab Bersatu (UEA) bagi meningkatkan hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi.
Azmin berkata kementeriannya akan membuat tindakan susulan susulan lawatan yang membuahkan hasil itu.
