Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
BNM lantik Aznan Abdul Aziz sebagai penolong gabenor

Bank Negara Malaysia (BNM) melantik Aznan Abdul Aziz sebagai Penolong Gabenor yang baru, berkuat kuasa 1 Julai, 2019.

Dalam kenyataan hari ini, bank pusat itu berkata Aznan bertanggungjawab ke atas Pengawasan Pembayaran, Pengawalseliaan Konglomerat Kewangan, Pengawalseliaan Perbankan serta Pengawalseliaan Insurans dan Takaful serta Jabatan Risiko dan Jabatan Penyeliaan Teknologi.

Beliau sebelum ini berkhidmat di beberapa jabatan di BNM.

Ini termasuk Penyeliaan Konglomerat Kewangan, Pejabat Gabenor, Perbankan Islam dan Takaful, Pemantauan Kewangan, Pembangunan Sektor Kewangan, Perisikan Kewangan dan Jabatan Kawal Aturan Bank, katanya.

Aznan ialah lulusan Ekonomi dan Perakaunan dari University of Bristol, United Kingdom.

- Bernama

Lihat Komen
ADS