Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Isu video seks: Saya tak kawal perbincangan biro politik

Biro politik PKR akan membincangkan sekali lagi isu klip video seks yang dikaitkan dengan pemimpin parti itu, kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail.

Antara lain, jelas Saifuddin, mesyuarat itu akan membincangkan tindakan yang kemungkinan diambil terhadap Ketua Pemuda PKR Santubong Haziq Abdullah Abdul Aziz.

Ketika ditanya sama ada tindakan juga akan diambil terhadap Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali, Saifuddin berkata dia tidak mempunyai kuasa untuk menentukan aspek isu itu yang akan dibincangkan.

"Sebagai setiausaha agung parti, saya tak boleh kawal apa yang mahu dibincangkan anggota mesyuarat," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

PKR dilihat terpecah kepada dua kumpulan iaitu antara kumpulan penyokong Azmin dan kumpulan penyokong Presiden PKR Anwar Ibrahim.

Azmin tidak hadir pada mesyuarat biro politik Rabu lalu yang pertama kali membincangkan klip video seks itu, sehari selepas Haziq tampil mengaku dirinya merupakan individu dalam klip video seks itu dan menuduh Azmin merupakan individu yang bersamanya di atas katil.

Saifuddin, yang juga merupakan menteri kabinet turut menolak tanggapan yang melihat PKR gagal menunjukkan kepimpinan dalam menangani isu berkenaan.

"Apa tindakan sedang diambil oleh kepimpinan? Ada. Kita telah keluarkan kenyataan untuk serah kepada polis untuk siasat," katanya.

Tegas Saifuddin, parti hanya boleh mengambil tindakan selepas polis selesai menyiasat kes berkenaan.

"Ketika polis sedang siasat, takkan kita lempar tuduhan (terhadap Azmin," tambahnya.

[Berita lanjut menyusul]


Lihat Komen
ADS