Malaysiakini BERITA

Azmin tak perlu ambil cuti, kata PM

Kow Gah Chie  |  Diterbitkan  |  Dikemaskini

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Mohamed Azmin Ali tidak perlu mengambil cuti sementara siasatan polis terhadap video seks yang dikaitkan dengannya, kata Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

"Mengapa? Mereka (polis) boleh teruskan (siasatan). Dia (Azmin) tidak akan menjadi gangguan kepada siasatan itu," katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Mahathir berkata kes itu berbeza dengan desakan Pakatan Harapan agar pemimpin BN, ketika menjadi kerajaan, agar bercuti ketika disiasat.

"Ia siasatan terhadap salah laku atau jenayah, (maka) mereka boleh ambil cuti, katanya.

Kes Azmin pula, katanya lagi, adalah skandal yang dirancang untuk mengaibkannya dan mendesaknya untuk bercuti.

Ketika ditanya sama ada beliau akan masuk campur untuk menghalang perselisihan dalam PKR, Mahathir yang juga pengerusi Pakatan Harapan berkata beliau tidak akan campur tangan dalam urusan dalaman parti itu.

"Saya tak masuk campur," katanya lagi.

[Baca berita penuh]