Pemuda Pakatan Harapan (PH) hari ini menghantar surat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) mendesak tindakan tegas dikenakan terhadap Umno, susulan pendedahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bahawa beberapa cawangan parti berkenaan, menerima wang berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

Ketua Penerangan Pemuda PH Ulya Aqamah Husamudin ketika ditemui selepas menghantar surat berkenaan kepada ROS di Putrajaya berkata Pemuda PH meminta RoS melakukan siasatan ke atas Umno, seiring dengan siasatan SPRM.

Menurutnya, wang sebanyak RM212 juta yang ingin dituntut SPRM daripada Umno, sepatutnya digunakan untuk pembangunan negara dan rakyat sebaliknya disalahguna oleh Umno.

- Bernama