Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Tindakan pada Zuraida? ‘Akan dibincang jika dibangkitkan’

Naib Presiden PKR Zuraida Kamaruddin dinasihatkan menghormati keputusan bersama berkaitan tindakan parti terhadap pemimpin akar umbinya Haziq Abdullah Abdul Haziz.

“Kita telah buat satu keputusan dan keputusan itu keputusan kolektif.

“Dan itu sudah tentu lebih baik, lebih molek adalah menghormati keputusan yang telah dibuat secara kolektif,” kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Zuraida Kamaruddin 

Belia diminta mengulas desakan Zuraida supaya parti memecat Haziq yang mendakwa terlibat dalam aksi seks bersama menteri ekonomi Azmin Ali.

Azmin menafikan dan mengugut mengambil tindakan undang-undang.

PKR minggu lalu mengeluarkan surat tunjuk sebab kepada Haziq, yang juga bekas pegawai menteri di kementerian.

Ditanya sama ada tindakan disiplin akan diambil kepada Zuraida, Saifuddin berkata ia akan dibincangkan jika berbangkit.

“Kita akan ada mesyuarat biro politik seperti biasa.

“Perkara itu jika dibangkit akan dibincanglah,” katanya.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS