Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Miti: Siasatan awal AP untuk syarikat tak aktif siap

Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) telah menyiapkan penyiasatan awalnya terhadap syarikat tidak aktif yang menerima permit mengimport 50 kenderaan tanpa cukai.

Ketua Setiausaha Miti, Lokman Hakim Ali berkata kementerian masih belum memutuskan sekiranya mahu mendedahkan hasil siasatan itu kepada umum kerana hal tersebut perlu dipertimbangkan menterinya, Darell Leiking.

"Kita perlu bawa kepada perhatian menteri (dulu) dan mungkin nanti akan diputuskan jika ia akan didedahkan kepada umum," katanya.

Ini selepas wartawan memberitahu Lokman bahawa siasatan awal itu telah berlangsung selama dua bulan sejak perkara itu dilaporkan.

Pada bulan Mac, laman web automotif DS&F mendapati Miti telah melantik 38 pemegang permit baru mengimport kenderaan.

Permit import (AP) diwujudkan semasa tempoh pertama Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri dalam usaha untuk menggalakkan lebih ramai peniaga kereta bumiputera.

Bagaimanapun, para pengkritik, termasuk Mahathir dan DS&F mendakwa bahawa AP itu terbuka untuk disalahgunakan dan dijual di luar sistem bagi mendapat keuntungan segera.

Miti meluluskan Dasar AP Terbuka Baru pada awal tahun ini yang bertujuan untuk memperbaiki sistem.

Berikutan itu, Malaysiakini mendapati sekurang-kurangnya satu syarikat - SH Warisan Sdn Bhd - tidak aktif dan tidak mempunyai bilik pameran.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS