Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
PAS: Selesaikan dulu lebih 4 juta belum daftar mengundi

PAS menyarankan kerajaan menyelesaikan isu hampir empat juta orang yang belum mendaftar sebagai pemilih dahulu sebelum menurunkan umur mengundi kepada 18 tahun.

"Kita ada hampir empat juta yang layak masih tidak daftar sebagai pengundi.

"Pihak kerajaan sepatutnya selesaikan isu ini dahulu daripada turunkan had umur, empat juta masih belum daftar," kata Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man ketika ditemui di lobi parlimen, hari ini.

Tuan Ibrahim juga meminta kerajaan memberi fokus kepada usaha meningkatkan kesedaran politik kumpulan itu.

Tuan Ibrahim Tuan Man 

Pada 25 Jun lalu, Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan Harun memaklumkan, usul pindaan Perlembagaan Persekutuan bagi menurunkan had umur layak mengundi daripada 21 kepada 18 tahun akan dibentangkan di Dewan Rakyat pada sesi Parlimen bermula hari ini.

Beliau berkata pembentangan usul itu yang dijadualkan pada 4 Julai bertujuan membolehkan mereka yang berumur 18 tahun menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

Sementara itu Tuan Ibrahim berkata, kesedaran politik supaya pendaftar keluar mengundi muktahir ini sangat membimbangkan.

"Yang pertama, semua layak yang berdaftar. Daftar secara automatik diperkenalkan.

"Kedua, supaya semua warga negara boleh automatik jadi pengundi. Ketiga, setelah mereka daftar mereka mesti ada mekanisme untuk wajibkan mereka keluar mengundi.

Katanya, Thailand mewajibkan rakyatnya keluar mengundi untuk memilih kerajaan dan langkah yang sama perlu difikirkan kerajaan Pakatan Harapan (PH).

Lihat Komen
ADS